Ekonomi

Panda Fiesta Anjuran foodpanda Raikan Rakan Penghantar dengan Ganjaran Lebih RM350,000

Baru-baru ini, foodpanda Malaysia telah menganjurkan acara eksklusif, Panda Fiesta, bagi meraikan sumbangan berharga rakan penghantarnya.

Dengan memberi ganjaran bernilai lebih RM350,000 kepada pekerja terbaik dan pemenang bertuah, acara ini membuktikan komitmen platform penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka itu untuk mengiktiraf dan menyokong rangkaian rakan penghantarnya.

Acara Panda Fiesta membawa hampir 4,000 rakan penghantar bersama keluarga mereka dalam satu hari yang penuh keseronokan dan semangat kemasyarakatan, diserikan dengan pelbagai permainan dan aktiviti menarik.

Antara sorotan utama ialah pemberian hadiah dan cabutan bertuah bagi menghargai sumbangan rakan penghantar foodpanda.

Seramai 30 ‘walker’ foodpanda bertuah telah membawa pulang skuter baharu dan bermutu tinggi yang bernilai RM1,700 setiap satu, manakala wang tunai berjumlah RM250,000 telah diagihkan antara 500 rakan penghantar terbaik bagi mengiktiraf prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun 2024.

Barisan pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria khusus yang dipenuhi sepanjang tahun tersebut.

Selain itu, foodpanda Malaysia turut mengumumkan kerjasama baharu dengan PERKESO, di mana lebih 8,000 rakan penghantar bakal menerima manfaat perlindungan PERKESO bernilai hampir RM200,000.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk berkata: “Misi foodpanda tidak pernah berubah, iaitu menjadi platform yang memberi manfaat kepada semua – pelanggan, perniagaan tempatan, dan rakan penghantar.

“Ketika memainkan peranan kami untuk memperkasakan ekonomi gig, kami juga ingin meningkatkan kepuasan kerja, menggalakkan pertumbuhan, dan memberi penghargaan kepada prestasi cemerlang.

“Pada tahun 2025, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakan penghantar kami untuk terus mencapai kecemerlangan bersama kami di foodpanda.”

Tambah Tan lagi: “Rakan penghantar kami adalah tunjang kejayaan kami, dan inisiatif seperti Panda Fiesta adalah cara kami menzahirkan penghargaan dan mengukuhkan kebersamaan.

“Melalui program panda hearts, kami terus melangkah jauh dengan memberi sokongan kepada lima aspek utama pekerjaan di foodpanda: Kesejahteraan, Pembangunan Peribadi, Keselamatan, Komuniti, dan Faedah Kebajikan.

“Dengan melabur dalam rakan penghantar kami, kami bukan hanya membina komuniti yang lebih kukuh, tetapi juga mencorak masa hadapan yang lebih cerah untuk Malaysia.”

Acara separuh hari tersebut dipenuhi pelbagai permainan dan aktiviti yang mesra keluarga, termasuk Menunggang Lembu Mekanik, Jenga Gergasi, Tarik Tali, pengalaman Rumah Hantu yang mendebarkan, Lukisan Muka, Lintasan Halangan Mini, Perlumbaan Berganti-ganti dengan Kostum Sumo, dan Pau-Pau Bingo, di mana peserta berpeluang memenangi barangan Pau-Pau yang menarik.

Tambahan pula, rakan penghantar foodpanda turut berpeluang memenangi hadiah hebat melalui cabutan bertuah yang berlangsung sepanjang hari, dengan ganjaran seperti jongkong emas, telefon pintar, fon kepala JBL, kelengkapan rumah, dan sebagainya yang berjumlah RM40,000.

Setinggi-tinggi penghargaan khas kepada semua rakan kongsi hebat yang menjayakan acara ini – Nasi Lemak Saleha, PolicyStreet, Liqui Moly, Gracshaw-1, Kiddo Care, Courts Malaysia, Docs2U, Senarco, dan AKPK – atas sokongan mereka yang tidak ternilai.

Kerjasama dan sumbangan mereka telah membantu mencipta pengalaman yang penuh keriangan, semangat keakraban, dan detik bermakna untuk rakan penghantar foodpanda serta keluarga mereka.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sambutan ini, serta berkongsi komitmen kami dalam mengiktiraf dan memartabatkan komuniti rakan penghantar kami.

foodpanda terus komited dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakan penghantarnya melalui pelbagai inisiatif yang mewujudkan ekosistem sihat, bagi menawarkan perkhidmatan yang cemerlang, boleh dipercayai, dan tepat waktu kepada pelanggan di seluruh negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button