fbpx
Nasional

Pancaragam Pusat PDRM terpilih buat persembahan di Tokyo

Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarahnya tersendiri apabila terpilih menyertai 24th World Police Band Concert (WPBC) yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Pancaragam Pusat PDRM bersama 15 kumpulan pancaragam polis lain seperti Tokyo Metropolitan Police Band, New York Police Department Band dan Thailand Police Band termasuk beberapa pancaragam polis negeri tempatan berarak dengan membawa instrument muzik masing-masing di sepanjang Lebuh Ginza sejauh 1.6 kilometer.

Antara lagu yang dimainkan oleh 30 ahli Pancaragam Pusat PDRM dengan diketuai oleh Ketua Pengarah Pancaragam PDRM, Superintendan Dr. Mohd Noor Firdauz Abdullah dan dibantu Drum Major, Sarjan Mejar Mohd Noor Manap ialah Paddy March, Malaysia Jaya, Son of the Brave dan Sedia Berkhidmat.

Kemeriahan acara penuh berprestij itu ternyata menarik perhatian orang ramai dengan kehadiran lebih 10,000 penonton.


Tokyo Metropolitan Police menjadi tuan rumah pada WBPC kali ini selepas acara tahunan itu berlangsung di negara Thailand tahun lalu.

Turut sama hadir mewakili PDRM ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar merangkap Ketua Delegasi, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Sukri Kaman, Pengarah Pancaragam Pusat PDRM, ASP Mesmoro Edward dan para pegawai kanan polis.

Sumber Facebook PDRM

Show More

Related Articles

Back to top button