Politik

Perkasakan kembali kuasa Majlis Raja-Raja

KUASA Majlis Raja-Raja yang juga merupakan ketua bagi setiap negeri wajar diperkasakan semula menerusi penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini dilihat signifikan selepas melihat polemik kestabilan politik tidak menentu terutama sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

BACA > Perkampungan air terbakar: Guna perahu selamatkan diri, keluarga, jiran — Suara Merdeka

Malah, titah Yang di-Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah di Parlimen pada 18 Mei lalu tidak diendah segelintir pihak.

Arahan supaya menghentikan polemik politik dan semua pihak perlu fokus kepada pembangunan negara  dipandang sepi sebilangan pemimpin.

Terutama sekali ketika negara sedang menghadapi serangan pandemik Koronavirus (Covid-19) sekarang yang memberi kesan besar kepada ekonomi dan rakyat.

Pandangan sedemikian dilontar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii apabila wujud gerakan bagi melemahkan ‘Institusi Diraja’.

“Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara.

“Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara.

“Termasuklah memperkasakan kuasa Raja – Raja Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

BACA > Denda seorang RM1,000 sebab lepak di pantai — Suara Merdeka
BACA > Keracunan puding buih: KKM buat siasatan — Suara Merdeka

“Sekiranya Akta Darurat perlu digunakan untuk menulis semula Perlembagaan Negara, ini adalah masa sesuai sebelum menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berhubung amaran terhadap perebutan kuasa eksekutif.

Tambahnya, ramai pihak terutama dari dalam kalangan pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan (PH) semakin kurang ajar apabila mempertikai titah baginda.

“Ingin saya ingatkan mereka serta pemimpin parti pembangkang supaya jangan mulakan sikap kurang ajar dalam mempersoalkan kuasa – kuasa Sultan Johor.

“Umum ketahui bahawa PH yang memulakan dan membenarkan perkara ini berlaku sewenang-wenangnya sejak mereka di tampuk pemerintahan dengan menutup sebelah mata.

“Demi memperkasakan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta dari jatuh semula ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti sebelum ini.

BACA > Pihak berkuasa mesti bantu rakyat patuh undang-undang — Suara Merdeka
BACA > Muhyiddin pecat Marzuki, Akramsyah Muammar Ubaidah — Suara Merdeka

“Kami rakyat sentiasa menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara. Daulat Tuanku!” tegasnya. – SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button