Hiburan

Pameran ‘Wajah Dan Madah’ karya Syed Wafa Penyeri Ekspresi @ Finas

NAMA Syed Yusof Wafa sebagai seorang pelukis mungkin dikenali dalam kalangan peminat lukisan terutamanya lakaran wajah artis-artis tanah air.

Kecenderungan Syed Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Syed Wafa melukis bukan bermula semalam bahkan lukisan wajah artis-artis luar negara pernah dihasilkan oleh beliau.

 

Aura Syed Wafa telah menggamit Ketua Pengawai Eksekutif Finas, Prof. Dr Md Nasir Ibrahim yang mempelawanya untuk mengadakan pameran lukisan Sempena Majlis Ekspresi @ FINAS.

Pameran ini umpama jambatan bagi Syed Wafa untuk mengorak langkah menerbitkan buku coffetable Finas Bertajuk ‘Wajah Dan Madah’..

Buku yang bakal diterbitkan itu memaparkan karya-karya terbaik Syed Wafa.

Antara gambar yang menjadi konten buku coffetable itu termasuk Michael Jackson, Justin Bieber, Mariah Carey, Celine Dion, Roger Ferderar, Maher Zain, Avril Lavigne, Shah Rukh Khan dan ramai lagi.

Untuk rekod, Syed Wafa ialah pelukis pertama negara  yang diberi penghormatan melukis wajah selebriti terkenal luar negara untuk diserahkan kepada artis terbabit itu sendiri.

Kesemua selebriti bukan sahaja menyatakan kekaguman mereka dengan karya yang dihasilkan oleh Syed Wafa tetapi juga menyukai dengan apa yang dihasilkan oleh pelukis ini.

Lukisan potret tersebut dijadikan cenderahati yang amat berharga buat mereka apabila pulang ke negara masing-masing.

Pada event yang sama Ekspresi @ FINAS Sempena ‘Imbas Kembali & Layar Bintang’ Syed Wafa juga diberi kepercayaan melukis potret wajah seniman legenda tanah air, Hussein Abu Hassan yang disampaikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Seri Zurainah Musa kepada keluarga allahyarham.

Walau pun hanya diberi masa dua hari untuk melukis potret tersebut, Syed Wafa dapat menunaikan permintaan Pengerusi Finas dengan baik dan keluarga allahyarham seniman legenda amat gembira dan terharu menerima lukisan tersebut.

Syed Yusof Wafa turut menzahirkan rasa terharu apabila ramai rakan artis yang hadir  memberi sokongan pada pameran sulongnya ini.

Rozita Che Wan Che Wan, Fikry Ibrahim, Datuk A.Aida, Zuhairi Ibrahim,Farahdhiya, Rozita Rohaizad dan Sheila Mambo (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara artis yang hadir. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button