Politik

Saya tak pernah cakap dengan “The Malaya Post” pun. Kenapa tiba-tiba petik nama saya?

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan berita yang beliau telah menandatangani akuan sokongan kepada Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut Najib dalam hantaran facebook miliknya berkata, beliau tidak pernah bercakap dengan wartawan The Malaya Post.

“Kenapa tiba-tiba petik nama saya?” soal Najib.

Semalam portal berita itu melaporkan Najib mengesahkan sendiri tentang langkah membentuk kerajaan baharu.

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat” kata lapor portal itu memetik Najib.

Dalam pada itu pihak editorial Malaya Post mempertahankan laporan mereka sebagai benar dan tepat.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka bertemu Yang di-Pertuan Agong petang ini telah bergegas ke pejabat perdana menteri.

Beliau bagaimanapun keluar sejurus kemudian selepas mendapati Dr. Mahathir tiada di pejabat.

Anwar dan seorang lagi pemimpin Pakatan Harapan, Lim Guang Eng sedang berusaha untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu pembentukan kerajaan baharu.

Dalam hantaran berasingan Najib menyindir pemimpin DAP Nga Kor Ming sebagai lupa bahawa mereka pernah cuba menggunakan pintu belakang untuk membeli pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Dah lupa bahawa pada tahun 2008, LKS dan LGE merupakan penyokong paling kuat cubaan bakal PM ke-8 untuk menjatuhkan kerajaan BN dengan membeli 30 orang ahli parlimen untuk melompat parti?

“Rasanya masa itu, Kor Ming juga sokong. Tak pernah baca kamu membantah pun masa itu.

“Ikut logik Kor Ming, adakah DAP juga pengkhianat besar terhadap bangsa dan negara?” kata Najib.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button