HiburanUncategorized

Blackpink pilih berduet dengan Selena Gomez

SELEPAS beberapa minggu bermain teka teki, akhirnya Blackpink mendedahkan siapakah penyanyi yang akan berduet dengan single terbaharu mereka nanti.

Penyanyi itu ialah Selega Gomez dan gabungan antara mereka nnt dijangka bakal menjadi tumpuan dalam industri seni antarbangsa.

Lagu mereka bakal keluar pada 28 Ogos depan namun tajuk kepada single tersebut masih belum didedahkan.

Blackpink yang kini popular dengan lagu How You Like That dianggotai Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose.

Untuk rekod, selain Selena, Blackpink sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi seperti Dua Lipa dan Lady Gaga.

Gandingan bersama Gomez dianggap sesuatu yang sangat penting buat Blackpink untuk mendapat tempat yang lebih dalam muzik antarabangsa.

Walaupun Blackpink sudah mempunyai peminat di seluruh dunia yang digelar Blink, kumpulan ini masih meneroka lagi peluang untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa. -SM

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button