Auto TravelSukan

Verstappen muncul juara baharu F1

Mengakhiri dominasi pemandu sensasi Mercedes, Lewis Hamilton

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen muncul juara dunia Formula Satu (F1) selepas mengungguli perlumbaan Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina malam tadi. Kejayaan itu menyaksikan Verstappen berjaya mengakhiri dominasi pemandu sensasi Mercedes, Lewis Hamilton yang memburu kejuaraan dunia F1 kali kelapan dalam kariernya.

Dalam perlumbaan penuh dramatik itu, Hamilton yang muncul juara dunia F1 dalam empat musim terakhir bermula 2017 terpaksa akur menamatkan saingan di tempat kedua.

Biarpun pada suatu ketika dilihat hampir pasti menggenggam trofi kejuaraan dunia kali kelapan apabila mendahului perlumbaan sejak pusingan ke-21, jentera dipandu Hamilton dipintas Verstappen pada pusingan terakhir.

Sebelum itu, Hamilton yang bermula di petak kedua menampilkan pemanduan bertenaga apabila memintas Verstappen, namun kedua-dua pemandu itu nyaris bertembung pada selekoh ketujuh pada pusingan pertama.

Verstappen dilihat agak bergelut untuk mengekalkan kelajuan dengan tayar ‘soft’ sehingga memaksa dia menukar tayar keras pada penghujung pusingan ke-13 sebelum Hamilton turut berhenti di pit pada pusingan seterusnya.

Hamilton kembali mendahului namun kemasukan kereta keselamatan pada pusingan ke-38 menghidupkan peluang Verstappen untuk bangkit memberi cabaran.

Aksi dramatik ditonjolkan apabila Verstappen berjaya mengejutkan Hamilton di pusingan terakhir untuk muncul juara dunia. Kemenangan di Abu Dhabi itu membawa Verstappen bergelar juara dunia F1 buat kali pertama dalam kariernya apabila mengumpul 394.5 mata manakala Hamilton dengan 388.5 mata. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button