JenayahNasionalNegeri

Tekad langgar anggota polis: Lelaki larikan diri dari SJR

SEORANG anggota polis cedera dilanggar seorang lelaki menunggang sebuah motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Bandar Chukai, Kemaman, semalam.

Ketua Polis Kemaman, Supritendan Hanyan Ramlan berkata, anggota berpangkat sarjan itu bersama lima anggota lain sedang mengadakan SJR di Jalan Limbong Chukai dalam kejadian jam 6.20 petang.

Hanyan berkata, seorang lelaki yang menunggang jenis Yamaha LC diarah memberhentikan motosikalnya untuk diperiksa tetapi suspek bertindak memecut untuk meloloskan diri.

“Anggota polis terbabit cuba menahan suspek namun dilanggar motosikal berkenaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, anggota lain yang menyaksikan kejadian itu bagaimanapun berjaya menahan suspek.

Katanya lagi, sarjan terbabit cedera di tangan manakala penunggang motosikal yang berusia 26 tahun itu turut cedera dan mereka dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Menurut beliau lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan motosikal itu sudah luput dan pengubahsuaian dilakukan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Hanyan berkata, suspek dan motosikalnya dibawa ke IPD Kemaman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (2) Akta Pengangkutan Jalan. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button