Nasionalpilihan

Perkukuh beri manfaat kepada semua pihak

Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) akan mewujudkan ekosistem yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan di dalam ekonomi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, konsep perkukuh dizahirkan untuk mencapai lima hasil utama iaitu, memperjelas mandat setiap GLIC; peningkatan fokus kepada pelaburan pembangunan untuk memacu pertumbuhan baharu; menyemarakkan sektor swasta; menyiap siaga GLIC bagi masa hadapan melalui peningkatan tadbir urus dan keupayaan; serta
mengukuhkan perlindungan sosial dan ketahanan fiskal GLIC.

“Bagi GLIC, pembinaan portfolio pelaburan (strategik dan komersial) dengan pulangan lebih tinggi yang mengambil kira faktor risiko, dan tadbir urus yang lebih rapi akan menjamin ketahanan dan prospek pertumbuhan yang lebih baik.

“Pendekatan ini secara beransur-ansur akan meraih pulangan pelaburan yang lebih baik bagi pendeposit, pemegang saham dan para pesara,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, komuniti pelabur pula akan mendapat manfaat dari pembangunan bidang-bidang pertumbuhan baharu, di mana lebih banyak peluang untuk merekaterlibat secara langsung melalui penyemarakkan pelaburan swasta.

Jelasnya, manfaat kepada ekonomi adalah melalui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan tambah nilai yang tinggi, justeru memperkukuhkan prospek pertumbuhan dan ketahanan fiskal negara bagi jangka masa panjang.

“Yang paling penting, rakyat akan mendapat manfaat daripada prospek peningkatan pendapatan, pulangan yang stabil bagi simpanan/deposit/pencen, serta program perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik.

“Peranan GLIC dalam mendorong digitalisasi dan teknologi melalui pelaburan mereka juga akan menyokong kepentingan Malaysia untuk meningkatkan prospek dan ketahanan ekonomi jangka masa panjang,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, sejak bermulanya pandemik ini, Kerajaan telah memperkenalkan Strategi Pemulihan Ekonomi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise, dan Reform) untuk
melonjakkan semula ekonomi negara.

Perkukuh adalah inisiatif jangka sederhana selama tiga tahun dan adalah sebahagian daripada peringkat terakhir Strategi 6R iaitu Reform atau Menyusun Semula.

Petunjuk Prestasi Utama akan ditentukan dengan jelas dan dipantau dengan teliti oleh MOF untuk memastikan supaya programprogram di bawah inisiatif ini terus berada di landasan yang betul.

“Secara keseluruhan, keutamaan semasa Kerajaan adalah melindungi nyawa dari ancaman COVID-19 dan memastikan prospek pertumbuhan ekonomi negara tetap kukuh dalam jangka sederhana dan panjang.

“Kerajaan akan terus bertindak balas secara strategik dan proaktif di tengah-tengah persekitaran
Covid-19 yang mencabar ini, di samping berusaha untuk meminimumkan sebarang parut kekal pada ekonomi akibat krisis pandemik ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini telah menlancarkan Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) secara langsung memulakan perjalanan untuk enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) melaksanakan mandat mereka yang diperbaharui.

Perkukuh dizahirkan untuk mencapai lima hasil utama iaitu, memperjelas mandat setiap GLIC; peningkatan fokus kepada pelaburan pembangunan untuk memacu pertumbuhan baharu; menyemarakkan sektor swasta; menyiap siaga GLIC bagi masa hadapan melalui peningkatan tadbir urus dan keupayaan; serta mengukuhkan perlindungan sosial dan ketahanan fiskal GLIC.

Perkara tersebut diperlukan bukan hanya untuk bersaing dengan landskap pelaburan yang terus berubah, tetapi juga untuk memastikan supaya kita mendokong konsep Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dalam keputusan pelaburan aset negara kita.

Majlis pelancaran PERKUKUH secara maya telah dihadiri oleh barisan pengerusi, ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan kanan Khazanah Nasional Berhad (“KNB”), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”), Permodalan Nasional Berhad (“PNB”), Lembaga Tabung Haji (“LTH”) and Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”).

Turut hadir ialah wakil-wakil pengurusan kanan MOF, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut hadir. -SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button