Nasionalpilihan

“Woi, Orang Melayu.. Kau Tak Payah Menyalaklah Pasal Oktoberfest!” – Netizen Geram

Menurut perkara 3 (1), Islam merupakan agama BAGI persekutuan yang memberi maksud segenap inci ruang, dimensi, perkara dan apa-apa sahaja aturannya adalah jelas Islam.

Dalm erti kata lain, Tanah Melayu atau Persekutuan atau Malaysia ini jelas Islam yang kukuh dan bukannya seperti yang dilaungkan segelintir pemimpin kononnya Islam adalah agama RASMI bagi negara ini.

Habis itu, agama tak rasmi Tanah Melayu atau Persekutuan atau Malaysia ini apa pula? Kristian? Budha? Hindu? Ateis? Penyembah syaitan? Eh, mana ada? Habis selama ini ramai pemimpin Melayu bercakap demikian kenapa?

Kerana mereka juga terdiri daripada segelintir masyarakat yang gemar bersembang tanpa rujuk undang-undang, buku Perlembangaan Persekutuan yang penuh dengan tulisan tanpa gambar itu mungkin tak pernah disentuh.

Maka apabila kita berpegang kepada perkara ini, adalah menjadi hak kepada orang Melayu itu sendiri untuk menegaskan perkara 3 (1) kepada seluruh penumpang di tanah ini.

Biarlah kerajaan memainkan naratif Wawasan 2020, 1 Malaysia, Rahmatan Lil Alamin, Keluarga Malaysia dan sebagainya, kita sebagai rakyat terutamanya tuan kepada tanah ini harus berpegang kepada Perkara 60 (2).

Apa Perkara 60 (2) itu? Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu. Jelas? Dapat? Faham?

Tuan tanah ini adalah orang Melayu.. apabila menyebut Melayu itu, tauhid, feqah dan tasawwufnya adalah Islam dengan manhaj ahlus wal jamaah al-asyairah wal matruridiyah.

Tak pernah dengar? Memang. Sebab kalian cuma duduk dalam kelas dan belajar pendidikan agama Islam kemudian hafal dan jawap untuk lulus peperiksaan, bukan lulus ujian menuju akhirat.

Maka di bumi ini.. orang Melayu itu sendiri besar dengan pegangan, sayap serta taring yang jelas tak boleh digugat oleh penumpang hatta mereka lahir di sini menjadi warganegara sekali pun.

Penulisan ini bukan bertujuan rasis, mencetuskan huru-hara atau perkara-perkara yang negatif sebaliknya mengukuhkan Perlembagaan Persekutuan yang dijulang.

Maka sebagai orang Melayu yang menjadi tuan kepada tanah ini dengan pegangan Perkara 3 (1) dan Perkara 60 (2), apakah kita harus lemah dan tunduk kepada anasir yang mahu menjahamankan negara secara halus?

Benar.. suatu ketika dahulu media dikuasai ahli politik, parti berpengaruh dan kumpulan elit yang memiliki kepentingan tertentu bagi tujuan manipulasi dan monopoli pasaran serta pemikiran misalnya.

Namun hari ini, kerajaan sudah berjaya melahirkan ribuan graduan yang bijak pandai serta boleh berfikir untuk memacu negara ke arah yang InsyaAllah lebih baik namun ego orang tua masih berada di situ.

Jadi mahu tak mahu, atau suka tak suka, perubahan perlu dilaksanakan dalam apa-apa cara sekali pun kerana pernahkah ahli politik menyantuni anda secara peribadi di kawasan masing-masing?

Demokrasi yang negara ini sedang amalkan, baru berapa puluh tahun? Bukannya sudah ribuan tahun. Baru puluhan tahun pun orang Melayu sudah semakin ranap dan berpecah belah.

Dan disebabkan perpecahan inilah, nak menjunjung Perkara 3 (1) satu pun jadi masalah dan menyebabkan penumpang beranggapan Oktoberfest bukan satu masalah dan orang Melayu tak perlu masuk campur.

Ibarat kata.. orang Melayu punyai masjid, memberi penumpang untuk makan, tidur, rehat dan buatlah apa-apa sahaja di dalam masjid itu asalkan selesa.

Namun setelah benar-benar selesai, dibawanya arak, todi, babi, maksiat dan bertegas, “Kau orang Melayu diam-diam. Tak payah nak menyalak tentang Oktoberfest.”

Lainlah kalau tuan tanah memang anggap tanah berdaulat ini sebagai satu kawasan yang luas terbentang dan boleh melakukan perbuatan yang jelas mengundang murka Allah, itu menjawablah nanti.

Biarlah penumpang atau musuh mengatakan Islam kolot dan tidak terbuka, maka dengan bangganya kita harus berkata ini adalah pegangan umat Islam yang takkan berubah demi Allah SWT dan baginda, Rasulullah SAW.

Duduk menjadi rakyat negara ini atas Perlembagaan Persekutuan dan keterbukaan hati budi orang Melayu yang pasrah dan tak perlu pun berkongsi pada asalnya, hormatilah dan jangan buat perkara yang tuan rumah marah!

(Visited 435 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button