Politik

Maszlee akhirnya pakai baju berlogo PKR, ‘live’ bersama Anwar petang ini

AHLI Parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik akhirnya mengaku dirinya kini telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Dalam poster yang dikongsi di media sosialnya, bekas Ahli Parlimen Bersatu itu memakai baju berlogokan PKR dan disebelahnya gambar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjemput semua pengikutnya untuk bersama-sama beliau dalam siaran langsung pukul 6 petang ini.

“Nantikan live bersama Dato’ Seri Anwar pada 4 petang hari ini! Jumpa anda semua di sana!” katanya. Terdapat dalam poster itu, logo Keadilan Simpang Renggam.

Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Bersatu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dia salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.

Sementara pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan Pejuang, Maszlee ketika itu memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen bebas.

Pada masa sama, dia turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH.

Dia menjadi Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH sebelum diminta meletak jawatan oleh Mahathir pada Januari 2020.

 

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button