Politik

Pakatan Harapan, Muafakat Nasional atau Pakatan Nasional?

JIKA ikut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, UMNO akan memutuskan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Februari ini.

Jika itu berlaku satu pakatan baharu yang dikenali sebagai Pakatan Nasional akan dibentuk dan sekaligus akan membentuk kerajaan baharu.

Pakatan itu dijangka disertai oleh UMNO, Bersatu, sebahagian pemimpin PKR, beberapa pemimpin DAP, Pas dan parti komponen Barisan Nasional.

Ini juga akan menyebabkan PKR, Amanah dan DAP menjadi pembangkang.

Sebagaimana yang semua sedia maklum orang yang menggerakkan percaturan itu ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein dari UMNO dan Datuk Seri Azmin Ali dari Pakatan Harapan.

Perubahan kerajaan di peringkat persekutuan juga akan turut melibatkan perubahan di peringkat negeri seperti di Kedah, Perak dan beberapa buah negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Perubahan ini dijangka berlaku dalam tempoh dua bulan dan ini akan menghampakan sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki jawatan perdana menteri.

Majoriti rakyat negara ini dijangka tidak bermasalah untuk menyokong kerajaan baharu itu kerana ia akan memastikan kestabilan dan kerajaan yang lebih mantap dengan barisan menteri yang lebih berpengalaman.

Seorang pemimpin UMNO berkata, parti itu lebih menekankan kepada penerimaan terhadap semua pemimpin tanpa pengecualian iaitu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

 

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button