fbpx
Nasional
Trending

Pakailah kasut warna apa pun – Dr Mahathir

MENGAKUI keliru dengan pelbagai fakta yang dibentangkan kepadanya dalam taklimat Kementerian Pendidikan semalam, tetapi hanya satu yang diputuskan iaitu murid-murid boleh memakai kasut yang berwarna apa sahaja sama ada coklat, hitam, kelabu, putih dan sebagainya.

“Saya masih sedang hadam semua perkara. Saya agak keliru kerana banyak fakta yang diberikan kepada saya dan saya sedang mengkaji.

“Bagaimanapun satu perkara yang saya telah memutuskan, anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau kasut apa sahaja,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbarselepas mempengerusikan Mesyuarat MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Dr. Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan berkata, taklimat yang diberikan kepadanya semalam sangat panjang.


Katanya, pelbagai perkara telah dibentangkan kepadanya dalam taklimat itu.

Perdana Menteri memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas peletakan jawatan oleh Dr. Maszlee Malek.

Kabinet memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button