Hiburan

Netizen kecam Bella Dally jadi punca Jalan Gombak Lama ditutup

TULAR di laman sosial hari ini berkenaan penutupan jalan melibatkan laluan Jalan Gombak Lama yang bermula tengah malam tadi.

Laluan yang ditutup itu melibatkan Jalan Gombak Lama – Genting Sempah berhampiran dengan Simpang Kuari.

Laluan tersebut ditutup dengan menggunakan penghadang batu konkrit sekaligus menghalang terus kenderaan seperti kereta untuk melaluinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula menyalahkan seorang selebriti wanita yang menjadi punca laluan tersebut ditutup.

Semalam, artis Bella Dally terlebih dahulu dikecam netizen kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hari ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan yang pelakon tersebut ditahan selepas gambarnya berbasikal dan melanggar PKPB dimuat naik.

Seorang pengguna Facebok, Muhammad Iqram berkata,”di mana katanya artis penting dalam negara? Menyusahkan lagi ada aku rasa. Arahan macam ini pun tak boleh ikut, arahan lain jangan harap la nk faham.”

Mahadzir Featy pula berkata, “Kemaruk sangat nak berbasikal, macam tak boleh nak duduk rumah. Sebab engkau seorang (Bella Dally), habis dah kena tutup semua.”

Juriana Jaafar Sidek berkata “Ade yang merentas naik basikal sebab itu jadi macam ini. Pentingkan diri sendiri betul.” -SM

(Visited 985 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button