Politik

Bukan masa PH bincang logo PRU15, kata DAP

Cadangan Pemuda PKR (AMK) untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang terus mengundang kritikan.

Ahli Parlimen DAP (Seremban) Loke Siew Fook berkata, ketika ini bukan waktu yang sesuai untuk rakan dalam Pakatan Harapan berbincang mengenai penggunan logo dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan, tidak perlu mana-mana pihak dalam PH mengungkit isu tersebut secara terbuka dan bertelagah sesama sendiri.

“Isu ini sebenarnya telah dibincang dan dibahaskan secara panjang lebar dalam Retreat Pakatan Harapan di Port Dickson pada bulan April yang lalu.

“Semua pihak dalam PH tahu pendirian masing-masing dan semua parti komponen sudah capai “general understanding” dalam perkara ini.

“Apabila tiba masanya, maka Majlis Presiden PH akan buat keputusan bersama dalam perkara ini,” kata Siew Fook.

Ketua AMK Akmal Nasir dalam ucapan dasar Kongres Nasional AMK mengusul supaya menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU-15 dibuat bagi menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.

Menurut Siew Fook, pada masa ini PH perlu memberi fokus sepenuhnya ke arah membantu rakyat dalam tempoh yang dikatakan agak mencabar.

PH antara laim perlu memainkan peranan supaya setiap rakyat Malaysia mendapat vaksin dalam kadar yang segera.

“Bagi tekanan kepada kerajaan supaya kadar vaksinasi dipertingkatkan setiap hari. Pastikan lebih banyak PPV dibuka. Bantu rakyat yang menghadapi masalah pengangkutan untuk pergi ke PPV.

“Keduanya, ramai rakyat yang susah. Ramai yang hilang punca pendapatan dan kekurangan makanan di rumah. Sebagai pemimpin politik dan wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan rakyat dan pastikan tiada yang kebuluran di kawasan masing-masing.

“Ketiganya, fokuskan tenaga dan semangat kerjasama kita untuk pastikan Darurat ditamatkan segera dan Parlimen bersidang semula. Sudah nampak ada “cahaya di hujung terowong”. Kita kena bersatu padu dalam bab ini untuk menghidupkan semula demokrasi di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini Pemuda DAP (Dapsy) sebulat suara menolak cadangan Pemuda PKR (AMK) untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

“Logo pilihan Dapsy dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo PH,” kata Ketua Dapsy Howard Lee Chuan How dalam satu kenyataan tegas hari ini.

Katanya, PH bukanlah parti yang diharamkan atau dilarang penggunaan lambangnya, justeru dia mempersoalkan mengapa PH harus menggunakan logo PKR dalam PRU-15,” -SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button