Nasional

Polis tahan remaja disyaki mencuri tabung masjid

SEORANG remaja lelaki berusia lima belas tahun antara dua individu yang ditahan kerana disyaki mencuri tabung masjid di Guar Chempedak di sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, remaja lelaki itu bersama rakannya ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada pukul 6.30 petang semalam di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Limau Dalam di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek berusia 19 tahun itu menemui dua paket plastik jernih berisi ketulan kristal disyaki syabu.

Selepas disoal siasat, mereka mengaku terlibat mencuri tabung masjid termasuk daripada Masjid Ar Rahman di Guar Chempedak,” katanya.

Menurut Shahnaz, sampel air kencing remaja lelaki berusia 15 tahun itu kembali keputusan ujian negatif dadah namun rakannya didapati positif dadah jenis methamphetamine. -SM

Baca : Imigresen menambah pas sempadan selepas kekurangan bulan lepas

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button