Ekonomi

Padini, XTS dan Huawei Malaysia jalin kerjasama bangunkan penyelesaian automasi gudang

KUALA LUMPUR 17 Mac – XTS Technologies Sdn. Bhd. (XTS), Huawei dan Padini bekerjasama membangunkan penyelasaian automasi gudang menggunakan kenderaan terpandu automatik (AGV).

Kerjasama antara tiga syarikat itu dimeterai dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan AGV bernilai RM1 juta.

XTS dalam kenyataannya berkata, kerjasama dengan Huawei selaku penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peralatan pintar terkemuka global, dengan Padini Dot Com Sdn. Bhd., untuk meningkatkan kecekapan di dalam waktu kerja.

“Penyelesaian automasi gudang membolehkan Padini menggunakan AGV dari jenis trak jangkauan untuk membantu dalam pengumpulan barangan masuk dan keluar di gudang berbanding dengan sistem manual pada masa ini yang memerlukan pemandu trak jangkauan untuk mencari produk yang diperlukan di palet daripada pelbagai rak di lokasi berbeza dalam gudang,” kata XTS di sini hari ini.

Padini adalah peruncit fesyen yang menawarkan dua label pelbagai jenama – Padini Concept Store dengan lapan jenama termasuklah Padini, Seed, Padini Authentics, PDI, P&Co, Miki, Vincci dan Vincci Accessories, dan Brands Outlet.

Pengarah Urusan XTS, Xteven Teoh berkata, dengan trak jangkauan AGV, data yang disimpan di sistem penstoran awan Huawei akan membolehkan trak jangkauan automatik untuk menentukan secara tepat tempat di mana barangan perlu diambil, dan trak jangkauan itu mampu bergerak secara automatik di dalam gudang.

Katanya, penyelesaian automasi gudang membolehkan Padini menggunakan AGV dari jenis trak jangkauan untuk membantu dalam pengumpulan barangan masuk dan keluar di gudang berbanding dengan sistem manual pada masa ini yang memerlukan pemandu trak jangkauan untuk mencari produk yang diperlukan di palet daripada pelbagai rak di lokasi berbeza dalam gudang.

Dengan trak jangkauan AGV, data yang disimpan di sistem penstoran awan Huawei akan membolehkan trak jangkauan automatik untuk menentukan secara tepat tempat di mana barangan perlu diambil, dan trak jangkauan itu mampu bergerak secara automatik di dalam gudang.

“Melalui MoU ini kami mencadangkan untuk mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian automasi gudang menggunakan AGV yang akan dapat membantu dan menyelaras operasi gudang Padini. Ini adalah projek penyelesaian automasi gudang pertama kami yang menggunakan AGV.” katanya lagi.

Ujarnya AGV akan menggantikan dua buah trak jangkauan manual Padini dan dua orang pemandu di setiap tingkat operasi gudangnya. AGV akan mengurangkan risiko kesilapan manusia memandangkan waktu yang dijimatkan untuk mencari palet yang diperlukan selain daripada kurangnya risiko kerosakan barangan dan harta benda lain.

Pengurus Besar (Operasi) Padini, Andrew Yong berkata, kolaborasi projek ini dengan Huawei dan XTS pastinya akan menjadi dorongan untuk memodenkan operasi gudang berkenaan dengan usaha kami untuk menerima pakai IR 4.0 di Padini.

Manakala Naib Presiden Perniagaan Awan dan Kepintaran Buatan Huawei Malaysia, Lim Chee Siong berkata, adalah menjadi matlamat di Huawei Cloud untuk menyertai pendigitalan dan menyediakan Segalanya sebagai Perkhidmatan (XaaS).

“Kami akan terus berinovasi dengan rakan tempatan bagi menawarkan teknologi terkini untuk menyokong transformasi perjalanan digital pelanggan. Malah kami bangga dipilih sebagai rakan awan oleh XTS dan memberi perkhidmatan kepada Padini, dan kerjasama ini baru sahaja bermula dan kita akan melihat lebih banyak lagi peluang di masa hadapan.”

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button