Jenayah

Padah memotong di garisan berkembar: penunggang, pembonceng motosikal maut

DUA penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tasek Valdor, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Kejadian pada pukul 7.45 malam tadi menyebabkan N. Yoganathan, 51, dari Nibong Tebal dan M. Kuganraaj, 18, dari Kulim, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu kereta berusia 40 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Lee Chong Chern berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Sungai Bakap menghala ke Tasek Junjong, memotong sebuah kereta Proton Iswara dari arah sama.

“Penunggang motosikal berusia 51 tahun itu dikatakan telah memotong kereta Proton Iswara lalu bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Kejadian menyebabkan penunggang motosikal berusia 18 tahun terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di garisan berkembar,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 termasuk mengesan saksi awam bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button