Nasional

Raja Muda Perlis berangkat ke Forum Hari Malaysia

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Forum Hari Malaysia’ yang mengupas topik “Peranan Belia Dalam Bernegara Menurut Islam” selepas solat maghrib di Masjid Negeri, Arau pada malam semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Belia Masjid Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Masjid Negeri Arau.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Persatuan Belia Masjid Perlis yang juga bertindak sebagai moderator program, Anaqei Zakwan Saifol Zairy.

Dua orang panel undangan ialah Imam Besar Negeri Perlis Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia, Perlis Muhammad Zamri Vinod Kalimuthu.

Turut hadir adalah AMMK Hal Ehwal Agama Islam, Ruzaini Rais, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

(Visited 413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button