Ekonomi

P2 Biotech sambut baik kenyataan TPM berkaitan revolusi teknologi industri getah

KUALA LUMPUR 23 Jan. – P2 Biotech, peneraju inovasi teknologi pertanian, menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa Konvensyen Pegawai RISDA 2025 berkaitan revolusi teknologi dalam industri getah.

P2Biotech dalam kenyataan media berkata, ia selaras dengan syarikat berkenaan untuk memodenkan sektor ini, memperkasakan pekebun kecil, dan menarik minat generasi muda kepada industri penting ini.

Sebagai respons segera kepada iltizam Timbalan Perdana Menteri terhadap penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, dan inovasi pertanian pintar, P2 Biotech dengan bangga memperkenalkan inovasi terkini iaitu P2 Tap.

Sistem penorehan getah canggih ini merevolusikan proses tradisional dengan memaksimumkan hasil lateks, mengurangkan keperluan tenaga kerja, dan membolehkan operasi penorehan dilakukan dalam semua keadaan cuaca, hujan atau panas.

“P2 Tap bukan sekadar inovasi sebaliknya ia adalah perubahan besar untuk industri getah,” kata Mohd Hazim Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech.

“Dengan menggabungkan automasi dan teknologi pintar, P2 Tap bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga menjadikan pertanian getah pilihan kerjaya yang menarik untuk generasi muda. Ini seiring dengan visi Timbalan Perdana Menteri untuk memastikan kelestarian dan daya saing sektor getah.”

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut menekankan keperluan mendesak untuk menangani isu penuaan dalam kalangan pekebun kecil getah, dengan purata umur mereka kini mencecah 61 tahun, serta menggalakkan penglibatan golongan muda.

Dalam hal ini, P2 Biotech percaya bahawa kemajuan teknologi seperti P2 Tap menyediakan platform yang sempurna untuk mencetuskan minat dalam kalangan usahawan muda.

Dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan ciri-ciri yang berorientasikan kecekapan, P2 Tap mencerminkan kemajuan teknologi yang mampu meremajakan industri ini.

P2 Biotech juga komited untuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk RISDA dan KESEDAR bagi menyokong inisiatif kerajaan.

Mohd Hazim menyatakan, “Kami bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakaran kami untuk memperkasakan pekebun kecil dan memodenkan industri getah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button