Politik

Orang politik berkumpul di rumah Anwar, khabar ada percaturan baharu

MALAM ini heboh terdapat percaturan baharu dan dikhabarkan ramai telah berkumpul di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan UMNO akan bekerjasama dengan Anwar dan Warisan bagi membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun langkah itu akan menyebabkan DAP keluar daripada pakatan tersebut dan kekal sebagai pembangkang kerana enggan bekerjasama dengan UMNO.

Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu dan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tidak menghalang jika terdapat pemimpin UMNO yang melompat dan bekerjasama dengan Anwar.


Perkembangan baharu akan dibawa selepas ini.

 

(Visited 308 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button