Politik

Orang Melayu terus berpecah jika Tun M tubuh parti baharu

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau menjangka orang Melayu akan terus berpecah jika Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal dengan keputusannya untuk menubuhkan sebuah parti politik  baharu berteraskan Melayu dan pribumi.

KerjasamaKata Takiyuddin, beliau tidak pasti apakah tujuan Tun Mahathir untuk menubuhkan satu lagi parti  yang berteraskan orang Melayu.

Berdasarkan pengalamannya bersama Tun Mahathir, beliau seringkali menimbulkan isu perpecahan orang Melayu.

“Beliau (Tun Mahathir) ada pengikut dan Melayu akan semakin berpecah,” kata Takiyuddin.

Memang benar tiada sesiapa pun yang boleh menghalang penubuhan parti politik baharu oleh mana-mana individu kerana ia adalah hak individu untuk berpersatuan di bawah Perlembagaan.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) seterusnya berkata, mana-mana pihak termasuk Tun Mahathir, tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan parti politik asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Jelas Takiyuddin lagi, di Malaysia, parti politik yang ditubuhkan mencecah puluhan.

Ada yang aktif dan ada yang tak aktif. Ada yang ‘beli’ parti yang ditubuhkan (namun tidak aktif) sekali dengan perlembagaan dan kemudian tukar nama, katanya.

Itu hak individu di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan untuk berpersatuan,” jelas beliau.

Semalam, Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum diberikan nama rasmi namun ia tidak terikat atau menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH). – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button