fbpx
Nasional

Orang Malaysia HEBAT!

Bersiap dengan kelengkapan perlindungan sebelum menerima kluster untuk kuarantin di hotel.

Orang Malaysia HEBAT!

Bila diarahkan PKP, #workfromhome, orang Malaysia mampu duduk dirumah, patuh arahan Kerajaan & pihak berkuasa. Segelintir orang Malaysia je bebel / message tak sampai katanya.

Orang Malaysia HEBAT!

PPE tak cukup? Face shield takde? Tak de hal, buat DIY. Cari barang, keluar duit sendiri dapat claim ke tak belakang kira asalkan PPE cukup. Lepas tu buat DIY boot cover, tudung, Isolation gown pakat jahit2 semua anggota kesihatan. Bawak mesin jahit, jahit ramai2.

Lepas tu designer, tukang jahit semua pakat bantu KKM jahitkan Isolation Gown etc. Orang KKM jadi juga tukang jahit, membantu rakan. Company 3D buat face shield. Siap beri bantuan kewangan, bantuan bekalan PPE kepada KKM. Hebat, hebat!

PETUGAS APMM berehat selepas 16 jam bertugas.

Orang Malaysia HEBAT!

Risau frontliner tak makan, disediakan makan. Hantar packed food ke hospital /klinik etc. Siap ada yang bekalkan stok beras, gula etc untuk frontliners, petugas di hospital / klinik. Buat fundraising, tabung Covid-19, tabung untuk bantuan orang susah yang terkesan dengan PKP. Kebanyakannya dapat raise bantuan dan derma, hebat orang Malaysia.

Orang Malaysia HEBAT!

Hujan ke, Ribut ke, Panas ke, Penat ke, Kerja tetap jalan! Kawan2 either frontliners, backliners, masih bertugas. Team kena quarantine takpe, team lain datang tolong, deploy anggota kesihatan. Penat ke, tak heran, kerja tetap jalan. Takde de terlintas nak mogok ke, nak merajuk ke, tak2, semua anggota kesihatan ni memang sudah ditanam dalam diri, kesihatan rakyat keutamaan kami.

Orang Malaysia HEBAT!

Abang polis dan abang askar masih bertugas di kawasan road-block saring setiap kenderaan yang melalui kawasan. Yang jaga di kawasan EMCO, panas ke hujan ke, masih berdiri teguh. Sebab kenapa? Keselamatan rakyat keutamaan mereka.

Abang foodpanda, grabfood, bungkus itu pun risau takut terdedah dengan virus tapi tetap hantar bungkusan makanan kita yang kita ‘mengidamkan’. Hujan ke. Hantar jugak asalkan perut kita kenyang.

Sebagai seorang artis tidak mengecualikan diri beliau dari tidak memberikan perkhidmatan sukarelawan dengan menjaga Stesen Kuarintin di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dijangkakan selama 14 hari. Pbt Abdul Munir Hj Awang, anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur salah seorang vocalis daripada Kumpulan Phyne Ballerz dan pelakun. Beliau telah menyertai APM sejak tahun 1996 bersama dengan Dato AC Mizal, Arwah Osman Kering, Kumpulan 4U2C, Kumpulan EVA, Mazleela dan lain-lain.

Tahniah kepada Munir yang terus memberikan perkhidmatan beliau.

 

 

 

Orang Malaysia HEBAT!

Cikgu2x yang ada orang kata takde fungsi yang suruh cuti, mereka bertungkus-lumus plan jadual pembelajaran anak2 murid mereka agar tidak ketinggalan. Buat e-learning, video call etc supaya masih boleh teruskan pembelajaran bukannya biar anak murid mereka bertik-tok, twitter etc.

Orang Malaysia HEBAT!

Kita mungkin tak mampu nak bina hospital dalam masa seminggu, tapi kita mampu ubah tempat Convention Center jadi hospital. Cukup semua kemudahan disediakan, Farmasi, X-Ray, semua ada. Dah ready untuk gelombang ke tiga, anggota kesihatan dah deploy.

Hotel, asrama, pusat latihan pula dijadikan pusat kuarantin. Semua disusun rapi dan dirancang dengan baik.

 

PARA petugas barisan hadapan yang kepenatan.

Orang Malaysia HEBAT!

Tak kira kerja kerajaan, swasta, sendirian pon bantu memerangi covid. Private hospital, GP, pun membantu buat saringan bagi yang mampu untuk membayar. Pihak insurans siap bantu memberi coverage khas untuk Covid-19. Farmasi komuniti dengan kerjasama MPS sediakan aplikasi /sistem untuk memudahkan rakyat mencari mask dan hand sanitizer.

Orang Malaysia HEBAT!

Sangat kreatif dan inovatif orang Malaysia. Disediakan sistem saringan Drive Thru. Siap ada buat booth untuk saringan, COMBAT, Coronavirus Mobile Test Unit. Ada juga yang cipta from scratch untuk sanitize satu badan, lalu je terus sprayyyy siap ada sensor. Hebat, hebat!

Orang Malaysia HEBAT!

Semuanya memberi kerjasama. Semuanya membantu. Semuanya mendoakan. Semuanya fokus pada matlamat utama, untuk memerangi Covid-19.

Anda lah orang hebat itu, teruskan. Kalau orang sebelah bebel sangat, tepuk dia sikit, kasi dia sedar, everyone is a hero, everyone plays a role to win this war! We will not be able to win against it without being as one nation!

Keep up the good work, semua orang Malaysia!

Malaysia boleh!

#togetherwefightcovid-19

Dipetik dari media sosial. Sila kongsi.

BACA JUGA: PKP disambung hingga 28 April

Show More

Related Articles

Back to top button