Nasional

Gaya hidup sihat beri impak positif kepada negara – Mohd Na’im

MENJALANI kehidupan dengan mengamalkan gaya hidup sihat adalah salah satu budaya yang harus ditanam dalam diri masyarakat di negara ini. Dalam kesibukan tugasan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar masih sempat meluangkan masa beriadah bermain badminton yang merupakan aktiviti sukan yang diminati beliau.

Walaupun waktu riadahnya agak terbatas namun beliau tetap cuba meluangkan sedikit masa untuk bersenam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menunjukkan isyarat bagus ketika di gelanggang badminton.

“Selain badminton, saya juga gemar bermain bolasepak, futsal, tenis, ping pong dan hoki tetapi sukan yang lain itu, semuanya ‘berat-berat’. Jadi sekarang saya banyak meluangkan masa bermain ping pong dan badminton apabila ada waktu terluang.

“Faham-faham sajalah sejak jadi menteri ini, diri saya umpama milik masyarakat,” katanya menerusi klip video yang dimuatnaik di laman Facebook.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar bijak mengambil kesempatan beramah mesra dengan kakitangan kementerian ketika beridah.

Semalam, Mohd Naim meluangkan masa bermain badminton bersama kakitangan kementeriannya di Putrajaya.

Beliau turut menggesa masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam.

JAGA-JAGA ya… Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar membuat hantaran bulu tangkis ke gelanggang lawan.

“Tak kira sama ada sebagai ketua hakim, perdana menteri atau menteri, seseorang itu memang digalakkan untuk bersukan sebagai salah satu cara untuk menyihatkan tubuh badan.

“Nabi Muhammad SAW bersabda, akal yang baik itu ada pada tubuh badan yang baik.

“Dalam konteks ini, Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, memang menggalakkan umatnya sentiasa bersukan dan beriadah,” ujar beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mampu mengambil hantaran drop shot oleh pihak lawan.

Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah turut menjelaskan, mereka yang mengamalkan aktiviti bersukan akan meningkatkan produktiviti organisasi dan sekaligus memberi impak yang positif untuk negara.

“Apabila bersukan, peluh akan keluar. Insya-Allah ia akan zahirkan lagi akal yang lebih sihat.

KAKITANGAN kementerian gembira dapat beriadah dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar walaupun beliau sibuk dengan tugas sebagai seorang menteri.

“Apabila kita sihat, kita akan keluarkan produktiviti yang baik dan organisasi yang kita pimpin serta seluruh warga kerja akan tekun bekerja.

“Insya-Allah ia akan melahirkan sebuah organisasi  yang sangat baik dan seterusnya akan melahirkan  negara yang amat baik,” katanya. – SM

BACA RM850 bulanan adalah bentuk imbuhan bukannya gaji- Na’im

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button