Uncategorized

Orang Asli tidak dipinggirkan di bawah BN – Ismail Sabri

TARAF kehidupan Orang Asli sentiasa diberi keutamaan oleh Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, BN sentiasa memainkan peranan yang signifikan untuk untuk memastikan taraf kehidupan Orang Asli meningkat.

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Bera berkata, ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau mengembalikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Tujuannya kata beliau untuk memastikan peranan jabatan itu lebih meluas dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup Orang Asli.

“Ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH), JAKOA diturun taraf dan diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara, sekali gus menunjukkan gabungan itu meminggirkan masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap dalam Program Moh Ngeteh di Kampung Ibam, di Bera hari ini.

Sebelum itu beliau menghadiri program di Kampung Bukit Rok.

Kehadirannya disambut meriah dan mesra oleh masyarakat Orang Asli suku Semelai, yang ternyata teruja berpeluang bertentang mata dengan Perdana Menteri.

Ismail Sabri menyatakan komitmen untuk memperjuangkan nasib komuniti Orang Asli supaya mendapat peluang pendidikan, pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

“Sebagai Perdana Menteri, saya mahu masyarakat Orang Asli setanding dengan masyarakat lain di Malaysia.

“BN tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dan ini terbukti apabila wakil Orang Asli diangkat menjadi Senator dan Ahli Parlimen,” katanya.

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button