Nasional

Berbaki 2.8% populasi dewasa belum mengambil vaksin

Bilangan populasi dewasa di Malaysia yang masih belum mengambil vaksin Covid-19 berkurangan kepada 2.8 peratus sehingga semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 97.2 peratus atau 22.745 juta penduduk dewasa telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bilangan mereka yang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin pula meningkat kepada 93.8 peratus atau 21.960 juta orang.

Sementara itu hanya dua negeri mencatatkan bawah 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin iaitu Kelantan (76.6 peratus) dan Sabah (70.5 peratus).

Manakala negeri-negeri yang mencatatkan lebih 90 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin adalah Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 114.4 peratus.

Diikuti Labuan (10.2 peratus). Negeri Sembilan (100.6 peratus), Pulau Pinang (96 peratus), Perlis (95.9 peratus), Johor (94.6 peratus), Melaka (91.4 peratus), Sarawak (90.7 peratus) dan Terengganu (90.3 peratus).-SM

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button