Hiburan

Shakilla Khoriri sedia ajak pemfitnah bersemuka, dituduh penyondol suami orang

Pelakon wanita, Shakilla Khoriri sedia untuk bersemuka dengan pemfitnah kerana dituduh menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Gambar yang tular, Shakilla keluar bersama suami orang, merupakan seorang penerbit

Menurut laporan dari Mstar, Shakilla tidak terkejut dengan tohmahan orang ramai apabila dituduh menjalinkan hubungan sulit memadangkan sudah acap kali difitnah sejak berpisah dengan bekas suaminya dua tahun lalu.

Ujarnya lagi, sebagai seorang selebriti dia telah bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada yang salah sangka jika melihatnya dengan seseorang sedangkan ia cuma atas urusan kerja.

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang… lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri.

“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti

“Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” katanya.

Ada sumber mengatakan lelaki tersebut pernah mengikuti Shakilla ke Sabah atas urusan pengambaran. Dia juga tidak menafikan mungkin ada individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya adalah orang yang dikenali serta niat untuk menjatuhkan reputasinya.

“Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.

“Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau,” jelasnya.

Pelakon drama Bukan Khadijah ini juga memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan mempersarkan isu tersebut lebi-lebih lagi mempunyai anak perempuan kerana bimbang memberi kesan kepadanya kelak.

“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka (penyebar fitnah) melampaui batas.

“Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya,” katanya.

Untuk rekod, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 32 pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM Fizi Ali pada tahun 2018. Namun begitu, pada Disember 2021, mereka telah menyatakan sudah berpisah selepas 3 tahun menjadi suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, Shakilla dan Fizi telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Artkle Berkaitan:>

Kes curang Sabyan tidak menghalang untuk adakan konsert di Malaysia

‘Saya ada bukti gambar kecurangan’- Farid

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button