Nasional

Langgar arahan PKP, 526 ditahan di Johor

SEJAK dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu seramai seramai 526 individu ditahan di Johor kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah terbaharu adalah tangkapan harian dari jam 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah malam tadi melibatkan 97 orang.

Menurutnya, sehingga kini 50 orang telah didakwa di mahkamah selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sesiapa melakukan kesalahan tidak mematuhi perintah mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh disabit mengikut Seksyen 24 Akta 342 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengikut Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 boleh disabitkan dengan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 mereka yang didapati bersalah boleh didenda RM1,000.

Golongan yang langgar perintah ini pula memberi macam-macam alasan yang tidak jujur seperti  keluar membeli makanan tetapi sehingga empat kali sehari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata alasan yang digunakan itu nyata tidak jujur dan berniat untuk menipu.

PKP bertujuan membendung penularan COVID-19 masuk hari ke-11 semalam menyaksikan 649 individu ditahan, meningkat sekali ganda dari hari sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, masih terdapat premis perniagaan yang tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan penting dibuka ketika pelaksanaan PKP. -SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button