Politik

Kit Siang lawat pekebun durian Raub sebaik sembuh chikungunya

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang yang baru sembuh dari penyakit chikungunya menjadikan lokasi pekebun durian musang king di Raub, Pahang sebagai lawatan acara awam pertamanya sejak beberapa bulan yang lepas.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyifatkan pekebun durian berkenaan merupakan mangsa terbaharu ketidakadilan yang bertentangan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu “Prihatin Rakyat” tahun ini.

“Semalam, saya telah melawat kawasan dusun durian di Pahang semasa para pekebun durian ini sedang menyambut sambutan Hari Kebangsaan walaupun mereka sedang menjadi sasaran pelbagai rancangan yang bertentangan dengan tema “Prihatin Rakyat” Hari Kebangsaan tahun ini, dan pada masa yang sama cuba digambarkan sebagai melawan prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Lawatan ini adalah acara awam pertama saya sejak beberapa bulan yang lepas, memandangkan saya dijangkiti chikungunya dan tidak beberapa sihat dan pergerakan saya terhad disebabkan kesakitan kepada sendi dan otot-otot dalam tempoh dua bulan yang lepas,” kata Kit Siang dalam hantaran terbaharu di blognya.

Kit Siang berkata, beliau percaya cerita pekebun durian tersebut perlu didengar oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam lawatan semalam, beliau turut menyatakan harapan supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melawat para pekebun durian tersebut dalam tempoh di antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kerana menurut Kit Siang, kerajaan yang baik adalah yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Kit Siang juga berkata, beliau terkejut apabila mengetahui walaupun enam menteri dan timbalan menteri datang daripada Pahang namu tidak ada seorang pun daripada mereka yang telah melawat para pekebun durian tersebut.

“Dalam perutusan Hari Kebangsaan ke-63 beliau, Muhyiddin menggesa supaya semua orang memupuk semangat mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya sokong penuh dan bersetuju dengan mesej Hari Kebangsaan Perdana Menteri ini. Marilah kita mula melaksanakan prinsip-prinsip tema Hari Kebangsaan ini dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pekebun durian di Pahang ini,” katanya.

Seramai 111 pekebun durian musang king di Raub mendapatkan perintah penggantungan sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar daerah Raub.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang bertindak tegas menangani kegiatan pengusaha dusun durian haram di Raub sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terlibat ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Pada Jun lalu kerajaan Pahang memberikan hak pajakan tanah seluas 5,357 ekar kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources (RPDR). Syarikat itu kemudian mendakwa sebanyak 30 peratus kawasan telah diceroboh.

Kerajaan Pahang berusaha menuntut kebun durian haram yang berkeluasan besar itu namun  menemui jalan buntu apabila ratusan pekebun haram menolak kontrak yang ditawarkan RPDR-PKPP.-SM

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button