Alam SekitarBanjirBencana alamNasional

Operator kilang dikhuatiri lemas dibawa arus deras

Rakan berjaya menyelamatkan diri

SEORANG operator kilang berusia 34 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka- Sungai Soi, Kuantan, Pahang, awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Halmi Nazlan berasal dari Kampung Kuala Pahang dikatakan hilang pada pukul 1 pagi tadi semasa dalam perjalanan ke Pekan, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Assisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu.

“Kita difahamkan mangsa menaiki kereta bersama seorang rakan dan mereka cuba menyelamatkan diri apabila terperangkap dalam banjir namun mangsa dikatakan gagal dikesan selepas itu.

“Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan 10 pegawai dan anggota polisserta bomba menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda.

Kejadian  itu merupakan kejadian hilang kedua dalam tempoh 24 jam selepas seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental, masih belum dijumpai selepas dikatakan terjun di Jambatan Sri Damai pada pukul 12.25 tengah hari semalam. – SUMBER FMT – SM

 

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button