NegeriSukan

Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023: Team Perlis tetap unggul

KECEMERLANGAN ‘Team Perlis’ dalam sukan woodball terus terserlah apabila mengungguli juara bagi separuh daripada pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Alam Pauh Putra.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pasukan dari Kelab Woodball Sing Songkhla, Thailand sempena Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail UniMAP di Kampus Alam Pauh Putra.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Pengasas dan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) dalam satu majlis di ruang legar Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Zaliman Sauli; Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), Datuk Prof. Emeritus Ts. Dr. Kamarudin Hussin; dan
Presiden Malaysia Woodball Association (MWA), Elaine Tan.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan ini telah dianjurkan oleh PWMPs dengan kerjasama UniMAP selama 3 hari yang berakhir pada 3 Disember lalu.

Penganjuran pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 20 peserta dari Kelab Woodball Sing Songkhla, Thailand.

Jumlah keseluruhan pemain melibatkan 285 orang yang telah bersaing dalam pelbagai kategori.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk mengurniakan anugerah kepada johan bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para pemenang pada Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail UniMAP di Kampus Alam Pauh Putra.

Antara pemain-pemain Team Perlis yang unggul menjuarai kategori masing-masing pada kejohanan kali ini adalah Lelaki Perseorangan, Suhaimi Ahmad dari pasukan Perlis A; Remaja Lelaki Bawah-21 tahun, Muhamad Aiman Haizad Ariff Fadilah dari pasukan Perlis; Veteran Lelaki, Zulfikar Abdullah dari pasukan Perlis A; Double Lelaki Terbuka, Azhar Abdul Wahab dan Hasfizal Samad dari pasukan Perlis A dan Double Wanita Terbuka, Qistina Mohd Reffal dan Diyana Mohd Reffal dari pasukan Perlis C serta Mixed Double Terbuka jatuh kepada Azhar Abdul Wahab dan Asmawana Aziz dari pasukan Perlis B.

Kategori utama kesemuanya dibolot oleh ‘Team Perlis’ seperti Terbuka Team Lelaki dimenangi oleh, Suhaimi Ahmad, Mohd Faizal Othman, Mohd Fazli Mohamed dan Zulfikar Abdullah dari pasukan Perlis A dan Kategori Team Wanita pula, Nor Rinda Ramli, Qistina Mohd Reffal, Diyana Mohd Reffal dan Asmawana Aziz dari Perlis A.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pasukan Kolej Komuniti Malaysia yang turut serta dalam Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail UniMAP di Kampus Alam Pauh Putra.

Pasukan-pasukan lain memenangi kategori Wanita Perseorangan, Klissana Khaodee dari pasukan Sing Songkhla A; Remaja Perempuan Bawah-21 tahun, Putri Maisara Khairul Nizat dari pasukan Terengganu; Veteran Wanita, Aniah Hassan dari pasukan Pahang A; Remaja Lelaki Bawah-15 tahun, Al Muizzudin Khairul Nizat dari pasukan Terengganu; Double Remaja Perempuan dimenangi oleh Thanaporn Pradit dan Ratthanawan Mahunee dari Sing Songkhla B; Double Remaja Lelaki, Nattasit Suwannaso dan Rungrot Chittaphong dari Sing Songkhla A. – SM

BACA Pasukan Perlis ungguli Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button