Alam Sekitar

Operasi kesan dua pekerja tertimbus dihentikan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan dua pekerja yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari, keramat Pulai dihentikan selepas penemuan pakaian dan cebisan tulang manusia termasuk jengkaut kedua semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua objek dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan ujian DNA bagi pengesahan identiti.

“Penemuan dua jentera, pakaian dan cebisan tulang manusia yang dipercayai milik kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas maka operasi SAR di tempat kejadian telah pun ditamatkan.

“Jengkaut kedua telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 5.20 petang dan operasi tamat pada 6 petang tadi,” menurutnya dalam kenyataan.

Operasi itu, yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan, disertai 14 pegawai dan anggota Bahagian Operasi Jabatan Bomsa dan penyelamat negeri serta Balai Bomba dan Penyelamat Simpang pulai dengan kerjasama polis serta Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak Azmi Osman dilaporkan berkata cebisan tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan pasukan SAR pada 11.45 pagi Selasa.

Dalam kerjadian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari yang dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dipercayai tertimbus dalam runtuhan batu.

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button