Negeri

Operasi Kaunter Imigresen UTC Kangar tambah masa sejam

KAUNTER  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kangar akan menambah satu jam lagi masa perkhidmatan mulai esok.

Sebelum ini perkhidmatan kaunter Imigresen yang dibuka  setiap hari (kecuali cuti umum) mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

KHAIRUL AMIN TAIB

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib berkata, mulai esok masa perkhidmatan kaunter bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

“Penambahan satu jam diharap dapat memenuhi permintaan orang ramai yang mahu membuat permohonan pasport antarabangsa dan pas sempadan,” katanya.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan kaunter Imigresen di UTC di Semenanjung dilanjut masa perkhidmatan sehingga pukul 10 malam.

Bagaimanapun Perlis, Pahang dan Terengganu terkecuali.

Khairul Amin berkata, permohonan pasport juga meningkat berikutan pengumuman pembukaan semula sempadan mulai 1 April lalu.

“Sebanyak 1,291 pasport antarabangsa telah dikeluarkan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, sementara sejak kebenaran membuat pas sempadan mulai 5 Mei lalu sehingga kini sebanyak 1,972 telah dikeluarkan.

Semenjak semua pengumuman ini, kaunter Imigresen di UTC mula dipenuhi orang ramai bagi membolehkan mereka merentas sempadan.

Tambahan pula orang yang tinggal di negeri di sempadan dibenarkan untuk membuat pas sempadan jika mahu ke Thailand.

Dengan pertambahan mendadak permohonan ini turut menyebabkan masa memprosesnya lebih panjang daripada sebelum ini. -SM

(Visited 1,679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button