Jenayah

Op Tapis Khas tahan 128 individu terbabit dadah

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 21 April – Ops Tapis Khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya
menangkap seramai 128 individu disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan pesisir
pantai di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, sepanjang tiga hari operasi tersebut diadakan enam wanita
adalah antara individu yang ditahan kesemua berusia antara 20 hingga 69 tahun.

“Kesemua ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain mereka yang memilikinya di
samping itu kita dapat kesan beberapa individu yang sememangnya dikehendaki polis,” ujarnya.

Zainol berkata, dalam serbuan yang dilakukan sepanjang tempoh tiga hari itu, polis turut merampas dadah
jenis heroin dan syabu yang dianggarkan berat sebanyak 1 kilogram dan turut dirampas daun ketum.


Menurutnya, operasi khas itu bertujuan untuk membersihkan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di
negeri ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Kami turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam khusus dalam penyaluran maklumat berhubung
aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah di negeri ini,” katanya.

 

(Visited 12 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button