Ekonomi

88 syarikat pelancongan, rumah inap diberi sijil pengiktirafan MPC

PERBADANAN Produktiviti Malaysia (MPC) mengiktiraf 88 syarikat berkaitan pelancongan dan rumah inap menerusi pemberian Sijil Pematuhan Garis Panduan Patuh dan Amal Mengenai Covid-19 serta prosedur operasi standard (SOP) kerajaan akhir tahun lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, MPC memaklumkan syarikat-syarikat berkenaan merangkumi kategori operator pelancongan pengembaraan dan aktiviti lasak, syarikat ejen pelancongan, tempat dan syarikat penganjuran acara, pengusaha/pemilik produk serta tempat tarikan pelancong.

MPC menerusi Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) telah membangunkan inisiatif itu bagi membantu para pemain industri pelancongan meneruskan aktiviti perniagaan dalam suasana normal baharu.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, garis panduan tersebut turut dibangunkan bagi menyokong usaha kerajaan untuk memastikan kalangan perniagaan mematuhi SOP pencegahan penularan pandemik itu.

“Aktiviti perniagaan perlu diseimbangkan dengan langkah pencegahan penularan pandemik dalam memastikan kelangsungan ekonomi serta peningkatan produktiviti.

“Projek perintis yang telah dilaksanakan baru-baru ini juga membuktikan bahawa syarikat masih mampu kekal produktif dengan mematuhi SOP,” katanya.

Garis panduan tersebut telah dilancarkan pada 14 Julai lalu menerusi satu siri webinar berkaitan SOP kerajaan mengenai Covid-19 dalam usaha memberi kesedaran dan maklumat berkaitan pematuhan SOP berkenaan. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button