Ekonomi

“Peniaga Air Paling Bijak Aku Jumpa Setakat Ini,” Ini Punca Kenapa CTR Sangat Tinggi!

Dalam dunia perniagaan, selain menawarkan perkhidmatan yang bagus dan sajian yang sedap-sedap, menjadi kreatif adalah salah satu kaedah lain untuk menaikkan hasil jualan.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Adib Afifi, dia pernah bertemu dengan seorang peniaga air yang dianggap paling bijak setakat ini.

Berikut adalah tulisan penuh kenapa peniaga air di tepi jalan itu dianggap sebagai bijak dan perkongsian Adib sesuatu yang mengujakan:

Aku bawak kereta. Aku nampak balang air penuh dan meriah macam ini. Tiba-tiba tekak rasa haus. Bila aku beli air, aku terkejut!

Rupa-rupanya.. balang air dia tu nampak saja lebar bila tengok daripada depan, tetapi apabila tengok belakang kecil saja rupanya.

Patutlah air senang penuh. Tetapi yang paling KURANG AJOR bukan saiz balang dia tu yang kecil. Tapi rupanya.. air balang dia sebenarnya tak penuh pun.

Dia letak sticker saja dekat depan balang itu nak kasi nampak penuh. Maksudnya the whole balang air tu dia wrap dengan sticker gambar air penuh mcm dalam gambar ini.

Maka aku pun dua kali kena TIPU. HAHAHA. Memang bijak, pakai balang lebar tapi kurus, dan letak sticker terus cover satu balang so nampak air sentiasa penuh.

Inilah kedai air dgn Click Through Rate (CTR) yang paling tinggi. 10 kereta lalu, 1 kereta akan stop sebab saiko dgn Creative Ads (gambar balang) yang nampak menarik.

Dan Alhamdulillah.. Memang air dia sedap pun. So ini masuk kali kedua aku beli. Jadi kedai ini bukan saja CTR bagus, AOV not bad dalam RM5 harga satu cawan.

Tetapi LTV pun bagus sebab sedap dan orang repeat order. Overall ini good benchmark kalau nak bukak kedai tepi jalan. Sekian sahaja case study kedai air balang.

(Visited 1,713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button