Jenayah

Op Mabuk: Pengamal perubatan antara lima ditahan

SEORANG pengamal perubatan antara lima lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 26 hingga 61 tahun itu didapati positif melebihi kadar alkohol yang ditetapkan.

Beliau berkata, operasi selama empat jam bermula pukul 11 malam tadi, fokus untuk mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Polis mengeluarkan 36 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di daerah itu.

“Selain itu, 508 pengguna jalan raya dan 356 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berakhir 3.00 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button