Nasional

Projek utama negara diberi tumpuan untuk merapatkan jurang ekonomi

TAHUN 2022 menumpukan kepada usaha untuk menjalankan projek-projek utama negara supaya dapat merapatkan jurang ekonomi antara lokaliti.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan sebanyak RM3.5 bilion diperuntukan bagi meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara iaitu Lebuh Raya Pan Borneo dan Central Spine Road.

Kerajaan turut menyediakan dana sebanyak RM200 juta menerusi pewujudan Dana Mudah Cara Infrastruktur Ketiga di bawah seliaan Unit Kerjasam Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, kerajaan akan melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana bernilai RM2.9 bilion yang dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 ke G4. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button