Luar Negara

Indonesia bersedia hadapi lonjakan kes Covid-19 menjelang Aidilfitri

SELAIN mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang orang ramai daripada pulang ke kampung berhari raya, pihak berkuasa Indonesia turut melakukan ujian Covid-19 secara rambang ke atas orang ramai.

Walaupun larangan telah dikeluarkan orang ramai daripada pulang ke kampung, tetapi ia sukar disekat kerana republik mempunyai 280 juta penduduk.

Jawa Pos melaporkan jurucakap kementerian pengangkutan memberitahu bahawa setiap hari kira-kira 138,000 kenderaan keluar dari Jakarta, manakala 380,000 kenderaan keluar dari Jakarta dan daerah sekitarnya.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin telah mempersiapkan 390,000 katil di hospital bagi merawat sekitar 70,000 pesakit.

Kemudahan ICU pula sebanyak 22,000 disediakan dan setakat ini baharu 7,500 digunakan.

Ini bermakna kira-kira tiga kali ganda kemudahan kesihatan disediakan daripada jumlah kes yang catatkan.

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button