Sukan

Olimpik: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Wooi Yik mara ke suku akhir

SELEPAS tewas kepada pasangan Indonesia semalam, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Mereka menewaskan pasangan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura 21-15, 21-13 di Tokyo, sebentar tadi.

Pada perlawanan kedua semalam pasangan negara itu tumpas kepada jaguh Indonesia,  Mohamad Ahsan danHendra Setiawan 16-21, 19-21.

Sebelum mereka membuka gelanggang di Olimpik Tokyo dengan cemerlang apabila menumbangkan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15.

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button