Politik

PM-6 pertikai PM-7 salahkan beliau segala-galanya

BEKAS Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak membalas segala tuduhan bekas Perdana Menteri ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyalahkan beliau dalam segala perkara.

Kenyataan balas saya kepada PM-7 yang salahkan saya dalam sidang media dia pagi ini:

1. Yang menyebabkan populariti kerajaan dia jatuh dari 80% ke 20% sehingga mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil 5 kali berturut-turut: kerajaan PM-7.

2. Yang jadikan ekonomi negara menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu: kerajaan PM-7.

3. Yang jadikan pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia: kerajaan PM-7.

4. Yang jual aset negara dibina masa BN secara lambak dan menaikkan hutang negara RM130 bilion sejak PRU14 sehingga Rakyat marah: kerajaan PM-7

5. Yang kencingkan Rakyat berulang kali dengan segala janji manifesto bukan kitab suci mereka: kerajaan PM-7

6. Yang umum keluar PH dan menyebabkan kerajaan PH tumbang: Parti PM-7 sendiri.

7. Yang letak jawatan dalam parti dan kerajaan: PM-7.

8. Yang pecat pemimpin-pemimpin yang sokong PM-7: Parti PKR.

9. Yang gesa semua pihak supaya hormati budi bicara Agong: PM-7

10. Yang jadi PM-8: Muhyiddin.

11. Yang mempertikaikan dan tak puas hati dengan budi bicara Agong sekarang: PM-7.

12. Yang tak mahu jumpa PM-7: YDP Agong.

Kenapa pulak salah Najib? Saya dok main FB tiap-tiap hari sahaja.-SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button