Nasional

Dua beradik OKU rentung dalam kebakaran

DUA wanita kurang upaya dipercayai adik-beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang awal pagi ini

Sinar Harian melaporkan mayat kedua-duanya dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan Ida, 56,?ditemukan berhampiran pintu utama oleh anggota bomba pada jam 2.15 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.52 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah sedang terbakar 80 peratus dan hasil maklumat disyaki ada mangsa di dalamnya,” katanya.

Operasi memadam dan menyelamat kemudiannya kata beliau, menemukan dua wanita berhampiran pintu utama.

“Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian hanya mereka tinggal di rumah berkenaan,” katanya.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button