Nasional

Surat, permit pergerakan tamat tempoh boleh digunakan

SEKATAN jalan raya berjumlah hampir 1,000 akan diteruskan berikutan keputusan Kerajaan melanjutkan tempoh lockdown sehingga 28 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat dan permit pergerakan yang telah tamat tempoh yang dikeluarkan oleh 12 Kementerian dan Agensi masih diterima oleh anggota penguatkuasa.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang memalsukan surat atau permit pergerakan.

Mereka yang memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan surat dan permit juga boleh diambil tindakan.

Hamzah berkata, dari 1 Jun sehingg 11 Jun sebanyak 9,808 kompaun telah dikeluarkan termasuk 355 kepada perbadanan atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Sejumlah 542 tangkapan juga dilakukan oleh pihak polis.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri telah mengenalpasti terdapat hampir 2.5 juta warga asing dalam Malaysia yang memegang pelbagai dokumen sah.

“Bagi mengelakkan masalah sosial, ekonomi, keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada kebanjiran pendatang asing tanpa izin, KDN sedang mengenalpasti keberadaan mereka yang tidak mempunyai dokumen di dalam negara.

“Dan membuka peluang kepada mereka untuk pulang ataupun bekerja secara sah melalui Pelan Rekaliberasi PATI yang diperkenalkan pada akhir tahun lalu,” kata Hamzah.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button