NasionalNegeri

23 Ahli MPK baharu angkat sumpah

SEBANYAK 23 Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengangkat sumpah sebagai ahli majlis yang baharu di Dewan MPK di sini petang ini.

Tempoh pelantikan selama dua tahun itu berkuatkuasa mulai hari ini sehingga Disember 2024.

Ahli MPK mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Fakhrul Anwar Ismail.

Mohd Shukri berkata, berlaku satu kekosongan kerana orang yang ditawarkan itu menarik diri.

“Kita akan membuat pelantikan baharu dan Ahli Majlis ini akan mengangkat sumpah di hadapan YDP,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan Ahli Majlis ini juga melibatkan ahli politik Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Mohd Shukri berharap, setiap Ahli Majlis peka dengan isu berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekaligus menjadi penyambung lidah kerajaan.

“Apa sahaja isu berbangkit perlu disampai pada mesyuarat MPK supaya ia dapat diambil tindakan segera oleh kerajaan negeri,” katanya. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button