Hiburanpilihan

Oksigen Siti Sarah turun hingga 40%, Shuib yakin isterinya akan pulih

PELAWAK popular, Shuib Sepahtu memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada yang tidak stabil ketika ini.

Menurut Shuib, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa tahap oksigen isterinya yang juga seorang penyanyi, Siti Sarah sudah menuruk sehingga 40 peratus.

“Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen Sarah sudah menurun kepada 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin sekain Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika sesi siaran langsung bacaan Yassin untuk Siti Sarah sebentar tadi.


Pelawak itu selepas bacaan Yassin selesai turut memberitahu yang dia yakin bahawa isterinya akan kembali pulih.

“Tapi saya yakin dah pasti, selagi belum masa, belum masanya Insha Allah. Saya yakin dia akan balik.

“Tak kisah doktor cakap 30 ke 40 peratus, saya dan anak anak yakin ibu akan balik,” katanya.

Turut bersama dalam majlis yang disertai lebih 900 orang itu ialah pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti anrtaranya Ziana Zain, Anuar Zain, Sherry Alhadad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Terdahulu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen yang rendah dan dalam masa sama perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi yang dikandungnya.

Pembedahan tersebut berjalan dengan baik namun Siti Sarah masih lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Malah, Shuib pada semalam juga berkongsi yang tahap oksigen Siti Sarah juga semakin meningkat berbanding pada hari sebelumnya.

Terdahulu, Shuib, Siti Sarah dan anak-anak mereka disahkan positif Covid-19 dan sepatutnya akan tamat kuarantin pada hari sama penyanyi itu dibawa ke hospital selepas mengadu kekurangan oksigen. -SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button