NasionalRibut

Waspada fenomena air pasang besar di 4 negeri

PENDUDUK yang tinggal di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung dinasihatkan lebih berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Antara kawasan yang berisiko tinggi ialah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, walaupun kejadian fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat serentak.

Katanya, ia akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

“Orang ramai juga diminta sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button