Politik

Bertukar lagikah kerajaan Malaysia hari ini?

SELURUH rakyat Malaysia pasti memberi tumpuan kepada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, kerana bakal berlangsung undian bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

Undi belah bahagi jika berlaku akan menentukan kerajaan hari ini diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Jika gagal bermakna kerajaan yang ada hari ini perlu dibubarkan dan diganti dengan kerajaan baharu, bagi memastikan mendapat sokongan majoriti bagi membolehkan belanjawan diluluskan.

Media dikawal kerajaan sudah memainkan peranan dengan menyiarkan berita bahawa orang politik meletakkan kepentingan rakyat di hadapan berbanding kepentingan diri sendiri demi kuasa dan pangkat.

Orang politik pula siang malam berusaha mendapat sokongan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Orang lama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah telah bergabung tenaga bagi meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang didakwa tidak mampu memulihkan ekonomi negara ini dan mereka menawarkan diri sebagai pilihan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan jika kerajaan hari ini ini gagal mendapat sokongan majoriti.

Kesemua orang politik menyatakan perjuangan mereka adalah berasaskan kepentingan rakyat, tetapi ia diragui oleh rakyat.

Sementara ahli politik di pihak kerajaan lebih mendiamkan diri kali ini. Jadi sama-samalah kita beri tumpuan, apakah Malaysia akan mempunyai kerajaan baharu atau tidak.

(Visited 941 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button