Ekonomi

Nurulhidayah dilantik Pengerusi MQ Tech

KUALA LUMPUR 6 Nov. – MQ Technology Bhd (MQ Tech) membuat penetapan semula membabitkan jawatan pengurusan tertingginya dengan melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Pengerusi yang baharu berkuatkuasa 5 Disember 2022.

Nurulhidayah sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech selepas dilantik bagi memegang jawatan itu pada 2 Jun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MQ Tech mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.

Nurulhidayah, 44, adalah anak kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.

Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.

MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.

(Visited 2,253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button