fbpx
Rencah Hidup

Nurul Izzah selayak Jacinda Ardern jadi PM

NAMA Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar disebut-sebut sebagai layak menjadi Perdana Menteri setanding Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Nama Nurul Izzah menjadi trending di Twitter selepas kemenangan besar Parti Buruh pimpinan Jacinda Ardern dalam pilihan raya  New Zealand  pada Sabtu.

Di Twitter, netizen mula membanding-bandingkan pemimpin wanita tempatan yang layak untuk disamakan dengan pencapaian cemerlang Jacinda Ardern sebagai Pedana Menteri dan sebagai pemimpin parti politik.

“Kalau kita akan ada PM seperti Jacinda Ardern di Malaysia, siapa calon paling berpotensi?” tanya Lucius Maximus.

Dalam undiannya, selain nama Nurul Izzah beliau turut meletakkan nama Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin.


Dan Nama Nurul Izzah mengungguli pilihan kalangan pengguna Twitter dengan 54.7 peratus memilih beliau dan diikuti Yeo Bee Yin yang mendapat 32 peratus undi.

Nurul Izzah Anwar  for Malaysia Prime Minister. She is strong, independent, beautiful and clever. It is about time, younger generation and women to lead the country. It is an effective formula around the globe. NZ, Denmark, Australia, Finland, Iceland!” komen Amanda Obdam.

“Nurul izzah for sure. Wanita UMNO, Wanita Pas, Wanita Bersatu ada ke calon. Tengah mencari,” kata Faiz Ahmad.

“YB Nurul Izzah no doubt,” komen Zharif Zubaidi.

“Nurul Izzah tengok je sejuk hati, ye dok,” kata Ellina Amin.

“Di Malaysia ada Nurul Izzah. Tapi dinosaur Malaysia tak mati mati,” komen Carmen Kay. A.

Imagine one day when Yb nurul izzah lead our country like Jacinda did in New Zealand,” kata AnnotherWan.

Bagaimanapun tiada siapa dalam kalangan netizen yang memberi butiran mengenai pencapaian yang dibuat oleh Nurul Izzah baik dalam kepimpinan politik mahupun masyarakat untuk dibandingkan dengan pencapaian cemerlang Ardern.

Parti Buruh yang diwakili Ardern memperoleh 49.2 peratus dan diramal akan menguasai kira-kira 64 kerusi di Parlimen yang mempunyai 120 anggota.

Tidak ada pemimpin yang mencapai majoriti mutlak sejak New Zealand mengadaptasi sistem undian proporsional pada 1996, yang membawa kepada penggantian kerajaan pelbagai parti.

Walaupun jumlahnya belum dimuktamadkan, jumlah undi yang diperoleh sudah cukup bagi pemimpin pembangkang, Judith Collins untuk mengaku kalah selepas menghubungi Ardern.

Jacinda Ardern dilihat cemerlang selepas berjaya membuktikan kepimpinannya melawan Covid-19 untuk memperoleh majoriti besar.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button