Politik

Nurul Izzah mahu bawa PKR menang PRU16

CALON Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan membawa parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) menerusi beberapa langkah.

Beliau berkata, antara langkah wajar diambil ialah mengukuhkan hubungan antara rakan komponen serta parti gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan kepercayaan pengundi, selain pemerkasaan wanita dan belia.

“Berilah saya peluang, saya nak pastikan kita tanam rasa cinta sesama kita, rasa sayang sesama kita walau kita berbeza kaum, berbeza agama, berbeza puak tetapi kita mampu melangkaui sama ada ego, geram dan dendam.

“Maka inilah penentu sama ada kita boleh hidup segar-bugar dalam setahun, dua tahun sampailah 100 tahun lagi,” katanya ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi Bersama Nurul Izzah Anwar di Shah Alam malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari dan Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil di mana kedua-dua mereka bertanding jawatan naib presiden.

Pada sidang media selepas itu, Nurul Izzah berkata pada pemilihan kali ini pihaknya lebih menumpukan kepada penganjuran program berimpak tinggi serta menyantuni perwakilan lebih-lebih lagi golongan wanita dan muda selain mengurangkan ketegangan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button